ANGGOTA LEMBAGA

Barisan Anggota Lembaga Koperasi WCB Malaysia Berhad diterajui oleh *enam (6) orang anggota yang telah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 

 

* lima (5) Anggota Lembaga Koperasi mulai 8 Oktober 2022.

Anggota Lembaga Koperasi

*mulai 8 Oktober 2022

Datuk Nazilah binti Hj. Idris

Datuk Nazilah binti Hj Idris adalah Pengerusi Koperasi Wanita Malaysia Berhad. Beliau juga Presiden Malaysian Chambers Entrepreneur Development (MCED), Ahli Lembaga Pengarah Entrepreneur Development Community (EDC) dan Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor.

Pernah berkhidmat sebagai seorang guru, beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Pengundi Melayu Berdaftar Malaysia (PERTAMA), Pengerusi Pertubuhan Aduan Masyarakat Dan Pengguna Selangor, Bendahari Kehormat Kesatuan Melayu Nasional Dan Pengerusi Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha.

Diantara jawatan politik yang pernah disandang oleh beliau adalah sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja, EXCO Biro Bencana Alam Wanita UMNO Malaysia, Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Maran, Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Klang dan EXCO Biro Penerangan Puteri UMNO Malaysia. Beliau juga menubuhkan dan bertindak sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Bandar Putera Kota Raja. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga dan Exco Yayasan Amal Makruf Malaysia (YAMM), Ahli Lembaga Koperasi Yayasan Koyamas Malaysia dan Setiausaha Kehormat Kelab Usahawan Selangor (KUSEL) selain aktif dalam khidmat masyarakat.

Pengerusi
Koperasi Wanita Malaysia Berhad
Setiausaha
Koperasi Wanita Malaysia Berhad

Dato’ Hajah Faridah binti A. Jabbar

Dato’ Hajah Faridah binti A. Jabbar adalah nama yang tidak asing dikalangan organisasi bukan kerajaan (NGO). Selain menjawat jawatan sebagai Yang DiPertua Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia Berhad (USAHANITA), beliau juga Ketua Sekretariat/ COO Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Dato’ Faridah juga menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Perbadanan SME Corp, Ahli Majlis Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi dan Setiausaha Jawatankuasa Bersama Kerajaan dan MPM.

Pernah dianugerahkan dengan gelaran kontraktor muda 1993, pada tahun 2007 pula beliau diberi pengiktirafan sebagai Wanita Ikon Usahawan Muda. Pada Oktober 2014 beliau mendapat anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’. Pada tahun 2017, beliau mendapat Anugerah Kehormat Gelaran Pertauliahan dan Pengiktirafan Kemahiran Kerjaya (MPPKK).

Dato’ Faridah juga pernah menggalas tanggungjawab di beberapa syarikat seperti Skala Holding Sdn Bhd, Akademi MPM Sdn Bhd, Whitewave Global Consulting Sdn Bhd dan Group Advisor di SD Impax Sdn Bhd.

Bendahari
Koperasi Wanita Malaysia Berhad

Dato’ Normala binti Kahar

Dato’ Normala binti Kahar adalah Pengerusi Yayasan Wanita Malaysia. Memulakan karier di Bank Bumiputra (M) Berhad, beliau berpengalaman luas di dalam bidang perbankan korporat, komersial serta bahagian kawalan kredit dan sebagai Ketua ‘Private Banking’.

Memperolehi Diploma di dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan. Beliau pernah dilantik sebagai salah seorang konsultan pemasaran untuk Sukan Komanwel 1998 selain mengelolakan projek khas bertaraf dunia bagi mempromosikan 'Tahun Melawat Malaysia 2007.

Pada tahun 2008, beliau memperkenalkan konsep Pendigitalan dan Penjenamaan imej baru untuk RTM. Diantara jawatan yang pernah dijawat oleh Dato’ Normala adalah sebagai pengarah urusan Syarikat Sungai Duri Plantations Sdn Bhd, penasihat pelaburan Pahang Teknologi Resources dan Pengarah Eksekutif Pahang Applied Advance Research Center Sdn Bhd, anak syarikat negeri Pahang yang bertanggungjawab di dalam bahagian bioteknologi, penyelidikan dan penghasilan teknologi baru dan canggih.

Pada tahun 2011, beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’. Kini beliau adalah pengarah Syarikat Silk Road Development Sdn Bhd dan Silk Road Maritime Park Sdn Bhd dalam pembangunan infrastruktur dan teknologi pengendalian pelabuhan.

Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berpengalaman luas dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan dan industri yang menjangkau lebih 27 tahun perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Perpaduan Negara, Ketua Setiausaha di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beliau juga pernah bertugas sebagai Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Kedutaan Besar Malaysia, Singapura dan di Kedutaan Besar Malaysia, Brussels merangkumi Kesatuan Eropah (EU), Belgium dan Luxembourg.

Diantara sumbangan utama beliau adalah dalam menggubal dan melancarkan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 dan Ketua Perunding Malaysia untuk Rundingan Perjanjian Perdagangan dan Pelaburan. Selain itu beliau juga adalah Pengerusi Kehormat Wawasanita Malaysia dan Malaysian Chambers of Entrepreneurs Business.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM).

Anggota Lembaga
Koperasi Wanita Malaysia Berhad

Datin Norzihan binti Ahmad

Datin Norzihan Ahmad berkelulusan dari University of Swansea United Kingdom dalam jurusan Ekonomi dan Politik. Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Perbendaharaan (treasury) di Bank Bumiputra Malaysia (BBMB) sebagai ‘bond trader’.

Beliau kemudiannya berpindah ke CIMB Bank (Treasury) dan pernah menjadi peniaga saham institusi di Kenanga International Berhad. Beliau meninggalkan perbankan untuk meneruskan minat menjadi seorang usahawan.

Pada tahun 2015 beliau memulakan penglibatannya sebagai modest fesyen promoter melalui syarikat beliau Sheikhahub. Penglibatan dalam Fesyen memberi peluang kepada beliau menjadi konsultan untuk Qatar Tourism bagi expo di Qatar ‘Haya Fashion Arabian’ dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (SEDC).

Beliau mendapat pengiktirafan sebagai 'Pemimpin Industri yang Mempengaruhi Modest Fesyen Global' daripada Thomson Reuters dan Dubai Development Economy Corporation.

Pada November 2019, beliau telah dianugerahkan sebagai ‘Profesional Paling Berinspirasi dan Kreatif’ oleh Pusat Prestasi Indonesia yang didokong oleh Kementerian Perusahaan Kecil dan Sederhana (KUKM) Republik Indonesia. Beliau kini adalah pengasas merangkap Timbalan Pengerusi Syarikat EduTech Ruang Cikgu Berhad.

Anggota Lembaga
Koperasi Wanita Malaysia Berhad
Scroll to Top