diversity, team, puzzle-7901956.jpg

Pembayaran Yuran Bulanan RM30.00 bermula 1 Januari 2023.

Mohon maklum bermula tahun kewangan terbaharu 1 Januari 2023 kutipan yuran bulanan RM30 akan dimulakan. Ini bagi membolehkan WCB menggerakkan aktiviti pinjaman kredit kepada semua anggota dan bakal anggota yang berminat.

.

Mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi (UUK), seperti yang diperuntukan menurut perenggan 50(c) Akta hendaklah sekurang-kurangnya RM30 (Ringgit: TIGA PULUH SAHAJA) sebulan. Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat-cermat dan pinjam-meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan mesyuarat agung.

.

Yuran bulanan ini akan dikira sebagai saham yang akan turut diberi dividen dari keuntungan perniagaan koperasi. Mekanisme pembayaran yuran bulanan bagi penjawat awam boleh dibuat melalui potongan gaji Biro Angkasa ataupun secara tunai manakala bukan penjawat awam seperti usahawan atau pekerja swasta hanyalah melalui tunai sahaja.

.

Bagi menghargai sokongan ahli WCB dan galakan kepada semua ahli pihak ALK komited memberikan dividen 10% bagi tahun kewangan 2022. Oleh itu semua ahli WCB digesa mengambil peluang menambahkan saham melalui yuran bulanan seterusnya dapat menikmati kadar keuntungan yang agak kompetatif berbanding pasaran diluar sana.

.

Kegagalan membayar yuran bulanan boleh memberi kesan kepada anggota itu sendiri sebagai ahli koperasi untuk melaksanakan hak-haknya. Koperasi juga akan turut terkesan kerana kekurangan dana untuk membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana yang memerlukan pinjaman mikro kredit. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak pengurusan ditalian 011-1111-0564 (Pengurus)

.

Sekian, harap maklum

PENGURUSAN

Scroll to Top