Keanggotaan

Berdasarkan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi Wanita Malaysia Berhad, terma dan syarat sebagai anggota koperasi adalah seperti berikut;

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada wanita yang berkerjaya.

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah –

a) Warganegara Malaysia;

b) Telah mencapai umur lapan belas tahun;

c) Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan;

d) Bukan seorang yang:

i) Tidak upaya dari segi mental;

ii) Bankrap yang belum dilepaskan;

iii) Terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan

iv) Telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web sistem keanggotaan WCB. 

Fi Masuk

  1. Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM 50.00 (Ringgit: Lima Puluh Sahaja). Fi masuk itu menurut perenggan 50 (a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  2. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM 100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja).
  3. Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu tidak dikenakan fi masuk.
  4. Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.

1. Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah menandatangani suatu akuan bahawa dia –

a) Akan terikat dengan Undang-Undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan

b) Bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan

c) Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan

d) Tidak pernah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dalam tempoh satu tahun

2. Mana-mana pemohon yang enggan menandatangani akaun tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota.

3. Seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi ini, dikehendaki menandatangani akaun menurut fasal (1) dalam tempoh tiga puluh hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi.

Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga di dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu. Lembaga hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada setiap pemohon dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas keputusan dibuat ke atas permohonan mereka.

Menurut  seksyen  28  Akta,  tiap-tiap  anggota  yang telah menjelaskan bayaran RM 100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-Undang Kecil ini.

Tiap-tiap anggota hendaklah diberikan memahami Undang-undang Kecil ini.

1. Liabiliti  seseorang  anggota  hendaklah  terhad  kepada  jumlah  syer  yang  dimilikinya sekiranya pendaftaran Koperasi ini dibatalkan.

2. Liabiliti seseorang bekas anggota hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun dari tarikh keanggotaannya terhenti, menurut subseksyen 35(1) Akta.

3. Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati tidak bertanggungan bagi hutang Koperasi ini sebagaimana yang ada pada tarikh kematiannya melebihi tempoh dua tahun dari tarikh kematian itu, menurut subseksyen 35(2) Akta.

4. Harta pusaka menurut fasal (3) adalah syer di dalam Koperasi ini.

1. Liabiliti  seseorang  anggota  hendaklah  terhad  kepada  jumlah  syer  yang  dimilikinya sekiranya pendaftaran Koperasi ini dibatalkan.

2. Liabiliti seseorang bekas anggota hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun dari tarikh keanggotaannya terhenti, menurut subseksyen 35(1) Akta.

3. Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati tidak bertanggungan bagi hutang Koperasi ini sebagaimana yang ada pada tarikh kematiannya melebihi tempoh dua tahun dari tarikh kematian itu, menurut subseksyen 35(2) Akta.

4. Harta pusaka menurut fasal (3) adalah syer di dalam Koperasi ini.

Seseorang anggota akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi anggota, dia –

a) Tidak upaya dari segi mental b) Diisytiharkan bankrap
c) Disabitkan atas kesalahan boleh daftar; tau

d) Dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta.

1. Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab berikut:
a) Mati
b) Menarik diri menurut Undang-Undang Kecil 22; atau
c) Ditamatkan keanggotaan menurut Undang-undang Kecil 23.

 

2. Lembaga hendaklah memecat daripada keanggotaan seseorang yang –
a) Didapati menbuat akaun palsu menurut fasal (1) Undang-undang Kecil 14
b) Hilang kelayakan sebagai anggota menurut Undang-undang Kecil 20; atau
c) Terhenti keanggotaan menurut perenggan (c) fasal (1)

1. Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis satu bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab penggantungan itu melainkan hak menyuarakan hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam mesyuarat agung.

 

2. Apa-apa penggantungan keanggotaan di bawah fasal (1) adalah tertakluk kepada pengesahan majoriti anggota di mesyuarat agung terawal yang diadakan selepas mesyuarat agung itu –

a) Mendengar penjelasan daripada anggota berkenaan sekiranya anggota berkenaan hadir; atau
b) Menimbang fakta pertuduhan yang dibentangkan oleh Lembaga, sekiranya anggota.

 

3. tersebut tidak hadir

 

Pengesahan penggantungan keanggotaan anggota itu oleh mesyuarat agung di bawah fasal (5) hendaklah disifatkan mula berkuat kuasa dari tarikh penggantungan anggota itu.

 

4. Selepas pengesahan penggantungan keanggotaan anggota oleh mesyuarat agung, keanggotaan anggota itu hendaklah ditamatkan mulai dari tarikh mesyuarat agung itu.

 

5. Jika penggantungan keanggotaan di bawah fasal (1) tidak disahkan oleh mesyuarat agung, Koperasi hendaklah mengekalkan keanggotaan anggota itu, dan apa-apa faedah yang patut diterima oleh anggota itu selama tempoh penggantungannya hendaklah dibayar kepadanya dengan serta-merta.

1. Jika seseorang anggota terhenti daripada menjadi anggota Koperasi ini menurut Undang-undang Kecil 21, semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah –

 

a) Sekiranya dia ditamatkan keanggotaan, dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat;

 

b) Sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah bagi hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirnya wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan;

 

c) Sekiranya dia mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah menurut seksyen 24 Akta, disyaratkan bahwa bagi seseorang anggota yang beragama Islam, pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada penamanya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik; dan

 

d) Sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis


2. Penyelesaian mengenai syer seseorang yang terhenti keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan di dalam akaun teraudit terakhir Koperasi ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan Undang-undang Kecil 61 dan 62.

Bakal Anggota & Anggota Koperasi Wanita Malaysia Berhad boleh Mendaftar Menjadi Anggota Baru atau Login Sistem Keanggotaan melalui link di bawah ini;

Scroll to Top