Penggerak Pengurusan WCB

Bermula Januari 2023, WCB telah membentuk pasukan pengurusan bagi melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang oleh pihak ALK WCB. Antara pencapaian terkini WCB telah mendapatkan kod potongan Biro Angkasa bagi memudahkan perkhidmatan potongan gaji dapat dibuat kepada ahli atau bakal ahli dikalangan penjawat awam.

.

Untuk itu WCB telah mengambil langkah untuk bernaung di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai ANGKASA. Alhamdullilah permohonan WCB telah diterima dan membolehkan WCB mendapat akses dan network kepada lebih 10 ribu buah koperasi yang bernaung di bawah Angkasa. Ini juga membantu WCB memohon kod potongan Biro Angkasa bagi membolehkan WCB memberikan perkhidmatan mikro kredit kepada penjawat awam. Transaksi bulanan Biro Angkasa mencecah 1.3 Billion. Menunjukkan potensi besar yang ada kepada sesebuah koperasi kredit seperti WCB.

.

Melalui Angkasa satu kerjasama perniagaan jual beli emas telah dimeterai antara Myangkasa Sdn. Bhd dan Aco Gold Sdn. Bhd. Myangkasa merupakan anak syarikat Angkasa manakala ACO Gold merupakan syarikat dibawah Quantem Metal (QM) yang kini sedang viral dipasaran Malaysia. WCB telah diberi peluang untuk menjadi Merchant kepada ACO Gold yang biasanya memerlukan modal RM1 Juta. Peluang dan kepercayaan yang diberi akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh WCB. Kini semua ahli WCB secara automatik menjadi usahawan emas dan berpeluang menjadi Jutawan Emas kerana setiap ahli berpeluang mencipta pendapatan pasif yang agak lumayan.

.

Terkini WCB juga telah diterima menjadi anggota Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa atau dikenali sebagai KOPSYA. Melalui Kopsya WCB berhasrat mendapatkan dana permulaan sebanyak RM 5 Juta membolehkan aktiviti mikro kredit dapat dijalankan.

.

WCB juga kini membuka ruang untuk berkerjasama dengan sesiapa sahaja terutama ahli WCB dalam menjayakan aktiviti-aktiviti perniagaan mikro kredit, jual beli emas, ar-rahnu, pembekalan dan pembangunan usahawan tempatan dan antarabangsa. Sekiranya anda mempunyai cadangan kerjasama sila hubungi pihak pengurusan WCB.

Scroll to Top