Perjumpaan dengan Ybhg. Datin Hajah Normah, Mantan Pengarah TMP, SKM.

Subang Parade -Pasukan WCB yang diketuai oleh Dato Nazilah yang merupakan Pengerusi WCB bersama Dato Normala selaku Bendahari WCB dan pasukan pengurusan bertemu dengan Ybhg. Datin Hajah Normah yang merupakan mantan Pengarah TMP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Tujuan pertemuan bagi menjemput beliau menyertai WCB dan menganggotai Jawatankuasa Projek disebabkan pengalaman yang beliau ada semasa bertugas di SKM. eliau juga cukup arif dengan perjalanan sesebuah koperasi dan kini masih menggerakkan koperasi di Negeri Sembilan.

WCB mengucapkan selamat datang kepada beliau dan berharap agar beliau dapat memberikan nasihat dan panduan kepada WCB. Beliau sebelum ini merupakan Penasihat kepada Majlis Tindakan Koperasi Malaysia bawah MCED. Dan kini akan bersama WCB. Ini akan memantapkan lagi struktur organisasi WCB yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman dalam bidang koperasi.

Scroll to Top