Perniagaan WCB
WCB Malaysia menjalankan beberapa aktiviti perniagaan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan telah termaktub dalam Undang-Undang Kecil (UUK) WCB seperti berikut;

Pembiayaan Kredit Mikro : KakLong4U
Skim pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan bagi membantu perusahaan mikro untuk mengekalkan operasi serta meningkatkan produktiviti perniagaan. Mereka yang membuat simpanan dengan WCB dengan jumlah minima RM 30 sebulan boleh mendapat kemudahan pinjaman ini.
Pembiayaan kredit mikro Koperasi menggunakan sistem kerja prompt ‘TAT’ iaitu ‘Turn Around Time’ am/pm pada hari yang sama. Maksud disini adalah permohonan diterima hari ini “am” dan jawapan pada permohonan akan diterima pemohon pada masa “pm” hari yang sama.

Ar-RahNITA
Kemudahan pembiayaan untuk memperkasa dan menyokong perniagaan yang diterajui wanita dalam meluaskan perniagaan mereka melalui pemerkasaan persekitaran.
Ar-RahNita berlandaskan parameter pajakan emas patuh syariah dan upah simpan yang rendah bagi membantu usahawan B40 mengembangkan syarikat mereka dan mencapai parameter yang positif.
Cawangan-cawangan Ar-RahNita WCB juga bakal mempunyai perkhidmatan safe deposit box berjumlah besar di setiap daerah dalam Malaysia, dan beroperasi 7 hari seminggu. Ini bagi kemudahan penyimpanan dokumen, barangan emas serta barangan berharga milik usahawan. Khidmat ini boleh mengelakkan kes-kes kecurian, kebakaran dan masalah kehilangan dokumen yang merupakan salah satu punca utama masalah dalaman kejayaan usahawan Wanita Malaysia.

Perkhidmatan Jual Beli Emas : GRABGOLD
Aktiviti jual beli emas melalui WCB, untuk tujuan simpanan dan pelaburan.
✓ Merchant dilantik oleh ACO GOLD S/B (Kumpulan Quantem Metal)
✓ ACO merupakan Asean Cooperative Organisation yang dipengerusikan oleh negara kita. Malaysia diwakili oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang dilantik sebagai Pengerusi ACO yang juga merupakan Presiden Angkasa pada ketika ini.
✓ Diperakui Patuh Syariah semua operasi dan proses adalah selaras dengan Syariah Standard pada Emas.

Perkhidmatan Pembekalan
Koperasi Wanita Malaysia Berhad menjalan perniagaan berbentuk Trading dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai pembekal kerajaan dan juga syarikat GLC dari segi perkhidmatan dan produk usahawan.

Program Pembangunan Usahawan Tempatan dan Antarabangsa
Membangunkan program-program keusahawanan dan menggalakkan usahawan yang dipacu oleh inovasi. Ini bagi mempertingkat keupayaan dan kemampuan usahawan untuk bersaing dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
Fokus Koperasi adalah membantu usahawan-usahawan wanita yang mengusahakan perniagaan berasaskan produk bahan-bahan tempatan atau perkhidmatan yang membawa ciri dan nilai negara serta berpotensi tinggi untuk bersaing pada peringkat domestik atau antarabangsa. Nilai negara disini bermaksud produk yang dihasilkan membawa intipati ‘Sense of Malaysia’ dan dapat mencetus ‘customer purchase experience’ yang seterusnya menjadi pemangkin strategik kepada sokongan produk sedia eksport supaya produk ini dapat mendominasi pelancong-pelancong dalam dan luar negara.