Tentang Kami

Awal Penubuhan

Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) ditubuhkan secara rasmi pada 22hb Februari 2022, berkat hasil usaha dan kerjasama dari pengasas bersama Datuk Nazilah Idris, Datin Norli Alias*, Datuk Faridah Jaabar, Datuk Normala Kahar, Datuk Wan Suraya Wan Mohamad Radzi** dan Datin Norzihan Ahmad.

 

Dari awal perancangan penubuhan, Koperasi Wanita Malaysia Berhad atau nama singkatan WCB mempunyai hala tuju yang jelas iaitu memperjuang dan memperkasakan pembangunan keusahawanan wanita dan seterusnya aspirasi penubuhan BANK KOPERASI WANITA MALAYSIA BERHAD.

Matlamat WCB ialah untuk menyatukan 16 juta wanita Malaysia untuk bersama membangunkan agenda ekonomi wanita.

*ditamatkan perlantikan sebagai Ahli Lembaga pada 5 Oktober 2022

**melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga pada 14 April 2023

Lima (5) Teras WCB

· Pembiayaan Mikro Kredit
· Ar-RahNITA
· Perkhidmatan Jual Beli Emas
· Perkhidmatan Pembekalan Kreatif
· Program pembangunan usahawan tempatan dan antarabangsa

Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB)

pada 13 March 2020 dengan penyertaan lebih 100 orang anggota.

Barisan ALK

Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB)

Mesyuarat Agung pertama Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) berlangsung pada 13 Februari 2022 dengan penyertaan lebih 100 orang mengikut SOP semasa. Pada hari bersejarah itu, 6 tokoh wanita telah dilantik sebagai pengasas ‘board members’. Mereka terdiri dari Datin Norli Alias merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB), Dato’ Nazilah Idris, Dato’ Faridah Jaabar, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Dato’ Normala Kahar dan Datin Norzihan Ahmad.

Scroll to Top