Kursus Wajib 1 & Wajib JAD

IKMa, Petaling Jaya – WCB telah menghantar 4 wakil untuk ke Kursus Wajib 1 dan Kursus Wajib JAD pada 30/5/2023 hingga 31/5/2023 selama 2 hari. Kursus Wajib 1 dibuat di IKMa PJ, manakala Kursus Wajib JAD di buat di Bangi.

Bagi kursus wajb 1 telah dihadiri oleh Dato Nazilah Idris dan Pn. Azihan yang berlangsung di IKMa, Petaling Jaya. Manakala bagi kursus wajib JAD pula telah dihadiri oleh Dato Normala dan Pn. Norhana.

.

Tujuan kursus bagi memantapkan pengetahuan ALK dan anggota WCB terutamanya tentang urus takbir koperasi yang betul. InsyaAllah ilmu yang dibekalkan menjadi panduan kepada ALK untuk menggerakkan koperasi dengan lebih mantap. Tahniah buat peserta kursus.

.

Bagi anggota WCB yang berminat untuk menyertai kursus bolehlah memohon secara online melalui laman sesawang wcbmalaysia.com dibawah pendidikan anggota. Pelbagai kursus disediakan buat anggota untuk berkursus sepanjang tahun oleh pihak IKMa.

.

Selain itu, anggota koperasi juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma bawah kelolaan IKMa. Peringkat teringgi Sarjana Muda dan Sarjana juga bakal ditawarkan kelak dengan kelulusan tertubuhnya Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

Scroll to Top